Tuesday, May 18, 2010

Pembantu Rumah Warga Indonesia - Cuti 1 Hari Seminggu + Pasport Boleh Mereka Simpan.

Hasil dari pertemuan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden telah mencapai persetujuan berhubung status Pembantu Rumah Warga Indonesia di Malaysia.

1. Wajib diberikan cuti 1 hari seminggu oleh majikan.

2. Membenarkan Pembantu Rumah Warga Indonesia untuk memegang pasport mereka sendiri.

Hasil dari keputusan tersebut terdapat pelbagai reaksi pro dan kontra daripada majikan-majikan di negara ini. Apakah masalah-masalah yang membelenggu majikan-majikan yang mengambil pembantu rumah warga Indonesia sebelum ini dapat diselesaikan ataupun tidak..

Pelbagai persoalan yang timbul berhubung isu tersebut :

1. Adakah cuti 1 hari seminggu tersebut membolehkan pembantu rumah keluar daripada rumah majikan atau hanya duduk di rumah tanpa melakukan sebarang kerja?

2. Apabila pembantu rumah keluar pada hari cuti dengan pasport yang mereka pegang membolehkan berlaku pelbagai perkara yang tidak diingini oleh majikan berlaku.

3. Dengan adanya pasport di tangan mereka, majikan akan menjadi lebih berisiko terutamanya pada waktu majikan keluar bekerja.

3. Apakah jaminan yang diberikan kepada majikan? Adakah ianya diletakkan kepada agensi yang membekalkan pembantu rumah dan bagaimana pula kepada majikan yang mengambil pembantu rumah secara terus tanpa melalui agensi?

Banyak lagi persoalan dan permasalahan yang difikirkan oleh majikan memandangkan kos untuk mengambil pembantu rumah di negara ini adalah tinggi antara RM 5,000 hingga RM 8,000 untuk seorang.

No comments: