Monday, May 17, 2010

Dimana Silapnya - PRK Sibu

17 Mei 2010, Kuala Lumpur....

Kesedihan kepada kekecewaan Skuad Piala Thomas yang tidak dapat melangkah ke perlawanan akhir diteruskan dengan kekalahan Barisan Naisonal (BN) dengan majoriti tipis (398 undi) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P.212 Sibu, Sarawak yang berlangsung pada 16 Mei 2010 yang lepas. Keputusan yang diterima DAP (18,447 undi), BN (18,845 undi), Bebas (232 undi).

Pelbagai persoalan yang perlu dirungkai bagi mencari titik punca kegagalan BN di Sibu. Antara kelemahan BN yang dilontarkan oleh pelbagai pihak :

1. Peratus keluar mengundi yang rendah.
2. Pengundi berbangsa Cina masih belum kembali memberi sokongan kepada BN.
3. Pengundi muda
4. Kelemahan Jentera BN

Apa yang perlu dilakukan pada hari ini, semua pihak terutamanya parti-parti Komponen BN perlu mencari noktah kepada semua ini agar rakyat dapat melihat kembali sinar yang sentiasa menyuluhi mereka seperti sebelum ini...

YAB Perdana Menteri sendiri menerima kekalahan tersebut "Kita terima keputusan itu kerana sebagai sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen maka keputusan pengundi adalah keputusan yang perlu diterima dan dihormati".

BN pada hakikatnya perlu membuat kelahiran semula supaya ianya dapat dilihat sebagai sebuah parti yang segar dan mampu mempertahankan serta memperjuangkan nasib rakyat 1 Malaysia.

BN masih belum terlewat dan masih belum terlalu usang untuk mendepani cabaran dekad ini untuk menjadi pilihan rakyat..Obor perjuangan perlu dinyalakan kembali, semangat setiakawan dalam BN perlu diperkukuhkan, Idea-idea kreatif dan baru perlu dijelmakan, perancangan strategi perlu dilaksanakan bagi mengharungi ranjau perjuangan menghadapi PRU 13 akan datang.

Wassalam..

1 MALAYSIA "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

No comments: