Wednesday, May 26, 2010

Kenapa UMNO Dipersalahkan

Kenyataan Vell Pari anak kepada Presiden MIC yang menuduh UMNO menggunakan "Pembunuhan Politik" terhadap bapanya adalah tuduhan yang keterlaluan dan tidak wajar. Sepatutnya Vell Pari perlu mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan biadab terhadap UMNO.

Demi untuk menyelamatkan bapa yang tercinta, Vell Pari sanggup menuding jari untuk meletakkan kemelut ini didalangi UMNO...Sepatutnya dia sedar bahawa segala yang berlaku pada hari ini adalah berpunca dari bapanya sendiri untuk terus menyelamatkan kuasa dan legasi yang semakin jauh dari genggaman..

Sehingga hari ini, hanya Vell Pari dan T.Mohan sahaja yang bersungguh-sungguh mempertahankan Presiden MIC. Sepatutnya dia berterima kasih kepada UMNO yang sentiasa mempertahankan rakan-rakan Komponen BN selama ini.

Dia sepatutnya melihat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri dalam menjaga dan mengambil berat terhadap kaum India di negara ini.

No comments: