Friday, June 25, 2010

JANGAN POLITIKKAN MTUC

KENYATAAN AKHBAR SEKRETARIAT PEKERJA MUDA, PEMUDA UMNO MALAYSIA BERKENAAN CADANGAN MTUC UNTUK MENGADAKAN PERARAKAN 100,000 ORANG KESATUAN SEKERJA
23 JUN 2010

Adalah satu tindakan yang kurang bijak difikirkan oleh MTUC melalui Presidennya, Syed Syahir Syed Mohamad untuk mengadakan perarakan rasaksa dengan mengumpulkan seramai 100,000 orang pekerja kilang dari seluruh negara di Putrajaya sekiranya Kabinet meluluskan Pindaan Undang-Undang Buruh oleh Kementerian Sumber Manusia pada bulan Julai depan.

Sebagai sebuah persatuan yang dikatakan menjaga kebajikan pekerja-pekerja di sektor perkilangan di negara ini seharusnya MTUC lebih bertanggungjawab bukan hanya membuat tindakan menolak segala cadangan atau pindaan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.

Saya percaya, Kementerian Sumber Manusia mempunyai cara dan kaedah dalam menentukan situasi menang-menang antara majikan dan pekerja di sektor perkilangan di mana sehingga hari ini tiada satu pun tindakan yang diambil oleh kerajaan menekan mana-mana pihak terutamanya pekerja-pekerja di sektor perkilangan yang sebahagian besarnya merupakan rakyat Malaysia.

Saya meminta supaya Syed Syahir Syed Mohamad, sebagai Presiden MTUC lebih bersikap bertanggungjawab dan tidak mempolitikkan isu ini demi kepentingan sesetengah pihak. Saya risau sekiranya ia berlaku bukan disebabkan atas kehendak kesatuan-kesatuan Pekerja kilang kerana ianya mungkin didalangi oleh kumpulan-kumpulan yang suka mengadakan perhimpunan atau demontrasi sebagai jalan penyelesaian. Ini sememangnya bukan budaya kita di Malaysia dalam menyelesaikan masalah.

Saya bagi pihak Sekretariat Pekerja Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mengadakan perbincangan agar apa juga pindaan yang akan diputuskan perlu diperhalusi agar pekerja-pekerja di sektor perkilangan memperolehi kebajikan seperti yang sepetutnya diterima dan tidak membebankan majikan di negara ini.

Saya berharap, semua pihak terutamanya pekerja-pekerja di sektor perkilangan dapat bersabar dan tidak bertindak diluar jangkaan kerana saya percaya pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia tidak pernah membuat satu tindakan selama ini yang akan membebankan sesiapapun terutamanya rakyat negara ini sendiri.

Saya juga ingin mengingatkan semua pihak bahawa SYED SHAHRIR ini juga adalah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan pernah menjadi calon mewakili parti pembangkang sewaktu Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008. Oleh yang demikian tidak mustahil jika beliau suka mempolitikkan serta memutarbelitkan segala isu demi kepentingan peribadi beliau atau untuk di jadikan modal politik pembangkang.

Saya juga ingin menyeru pihak wartawan agar sentiasa mengingatkan semua pihak serta menulis jawatan yang di sandangnya dalam parti pembangkang tiap kali dia membuat sebarang komen supaya rakyat boleh menilai samada perkara yang diperjuangkan itu perkara sebenar atau diputarbelitkan dari segi fakta untuk meraih sokongan rakyat untuk menolak segala usaha dan cadangan pihak kerjaaan seterusnya mewujudkan persepsi rakyat membenci kerajaan.


NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
PENGERUSI SEKRETARIAT PEKERJA MUDA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

No comments: