Thursday, April 15, 2010

PRK P.094 Hulu Selangor - Gerakkan Jentera, Dampingi Pengundi



Khamis (15 April 2010)

YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah mengumumkan En. P. Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC Pusat telah dipilih untuk menjadi Calon Barisan Nasional dalam PRK P.094 Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April 2010.

Hampir 2 minggu pelbagai spekulasi calon BN yang akan bertanding di PRK P.094 menjadi perbualan hangat terutamanya dalam Barisan Nasional dan pengundi-pengundi di Parlimen Hulu Selangor.

Pelbagai reaksi dan pandangan diperolehi dalam tempoh 2 minggu tersebut dimana pucuk pimpinan Barisan Nasional telah memutuskan Calon dari MIC yang akan mewakili BN atas semangat setiawakan, persefahaman dan 1Malaysia dalam BN walaupun orang Melayu merupakan pengundi majoriti di Parlimen Hulu Selangor.

Apa pun cakap-cakap belakang selepas pengumuman calon semalam, suka atau tidak, setuju atau tidak, mahu tidak mahu Jentera BN perlu digerakkan menyelusuri jalan, mendaki bukit, mengharungi sungai mendampingi pengundi untuk memastikan kemenangan BN pada 25 April nanti.

Jentera BN perlu sentiasa bersiap sedia, 24 jam bersama masyarakat Hulu Selangor kerana PRK P.094 ini merupakan kayu pengukur penerimaan semula rakyat selepas tsunami 2008..

GERAKKAN JENTERA, DAMPINGI PENGUNDI....

No comments: