
Selepas 8 orang Wakil Rakyat PKR telah keluar meninggalkan PKR dengan alasan hilang kepercayaan terhadap parti dan Ketua Umum (Dewa) PKR...semalam dikejutkan lagi dengan Wakil Rakyat Kawasan Bakar Arang, Kedah yang mengikuti jejak 8 orang Wakil Rakyat PKR keluar parti dengan alasan dan sebab yang sama.
Tindakan Adun Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas membuktikan bukan bahawa kelemahan dan kepincangan PKR semakin ketara dan ini seharusnya menjadi isyarat yang jelas kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tindakan ADUN Bakar Arang ini juga seharusnya menjadi petunjuk kesedaran kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor untuk membuat keputusan yang bijak pada 25hb nanti.
Mampu Berubah
Sayangi Selangor, Yakini BN
No comments:
Post a Comment