Wednesday, August 4, 2010

Isu Kalimah Allah - Tindakan Kabinet Tepat

Tindakan Kabinet semalah (4 Ogos 2008) yang telah mengarahkan semua pihak termasuk tidak kira parti pembangkang atau Barisan Nasional supaya isu Kalimah Allah tidak diperdebatkan lagi secara terbuka adalah amat bertepatan.

Ini kerana, sekiranya isu Kalimah Allah ini diperdebatkan secara terbuka akan mengundang kepada satu situasi negatif yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini.

Sekiranya isu ini diperdebatkan atau dibincangkan secara terbuka, akan wujud kelompok tertentu yang mengambil peluang di atas isu ini untuk menanamkan perasaan benci bagi mewujudkan perpecahan dikalangan masyarakat.

Diharapkan agar, sekiranya ada individu atau kelompok yang masih lagi berdegil dan cuba membangkitkan isu Kalimah Allah ini secara terbuka perlu diambil tindakan yang tegas dan segera supaya ianya tidak akan berlaku pada masa akan datang.

No comments: