Tarikh : 1, 2 & 3 Julai 2011
Tempat : Institut Kemahiran Mara, Jalan Badlishah, Sungai Petani Kedah
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Pelancaran : YB Datuk Ahmad Bashah Md. Hanifah
Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kedah
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memudahkan segala urusan dalam menjayakan BN Youth Job Fair 2011 Peringkat Negeri Kedah pada minggu lepas. Terima kasih tidak terhingga kepada YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanifah, Pengerusi BN Negeri Kedah dan barisan kepimpinan yang banyak membantu dalam menjayakan program tersebut.
Tidak lupa kepada sahabat-sahabat kepimpinan Pemuda BN Negeri Kedah yang diketuai oleh Sdr. Badrol Hisham Hashim yang memberi sepenuh komitmen dan ianya amat membanggakan sekali. Ucapan terima kasih juga kepada para sukarelawan, pihak IKM dan terutamanya kepada majikan-majikan yang hadir bagi memberi peluang pekerjaan sepanjang program berlangsung.
Seramai 40,000 orang pengunjung telah hadir sepanjang 3 hari program tersebut yang menawarkan 7,064 peluang daripada 89 buah syarikat. Peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dan peringkat kelulusan. Hampir 1,200 peluang pekerjaan berjaya diisi dan selebihnya akan dipanggil untuk temuduga secara berperingkat.
BN Youth Job fair juga turut membuka 'booth' aduanpekerja.my yang memberi khidmat nasihat dan bimbingan guaman secara percuma kepada mana-mana pekerja yang menghadapi masalah berkaitan dengan 'labour law'. Sebanyak 40 aduan diterima oleh aduanpekerja.my sepanjang 3 hari di negeri Kedah. Terima kasih kepada sahabat saya Sdr. Zamri Idrus selaku Penasihat Undang-Undang aduanpekerja.my.
Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda.
Kita berjumpa di BN Youth Job Fair 2011 (Nationwide) Negeri Pahang pada 15, 16 dan 17 Julai 2011 bertempat di Zenith Hotel & Convention Centre, Kuantan, Pahang.
No comments:
Post a Comment