Sunday, March 28, 2010

Chua Soi Lek Presiden baru MCA, Tiong Lai Timbalan...



Dipetik dari : www.agendadaily.com

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL



Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi kejutan kepada Datuk Seri Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting apabila menewaskan mereka dalam pemilihan jawatan Presiden MCA.

Soi Lek bekas Menteri Kesihatan sebelum ini adalah Timbalan Presiden dapat 901 undi manakala Tee Keat yang juga Meniteri Pengangkutan dan Presiden MCA sebelum pemilihan ini hanya dapat 578 undi. Ka Ting pula memperolehi 833 undi.

Datuk Seri Liow Tiong Lai memenangi jawatan Timbalan Presiden dengan 1171 undi menewaskan Datuk Kong Chor Ha yang memperolehi 1106 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden, Dr. Ng Yen Yen mendapat 1,520 undi, Datuk Donald Lim (1,469) manakala Datuk Chor Chee Heong dan Datuk Gan Ping Siew masing-masing mendapat 1,202 undi.

Seramai 2,318 daripada 2,377 perwakilan MCA seluruh negara membuang undi menentukan pemimpin parti itu selepas berbagai-bagai kemelut sejak tahun lalu.

Proses membuang undi pada pemilihan itu diadakan di Wisma MCA,Jalan Ampang Kuala

Lumpur.


Pengiraan undi bermula pada jam 1 tengahari.

Perwakilan membanjiri ibupejabat MCA seawal 7 pagi dan di kalangan calon pemimpin yang awal sampai ialah Soi Lek.

Beliau yang ditemani anaknya, Tee Yong (Ahli Parlimen Labis)..sampai pada kira-kira 7.45 pagi, diikuti Tee Keat pada kira-kira 8 pagi, disusuli Ka Ting 10 minit kemudian yang disambut oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Soi Ldek, Ka Ting dan Tee Keat, masing-masing kelihatan ceria dan melayani permintaan jurugambar untuk merakamkan gambar mereka.

Menjelang 10 pagi, semua perwakilan sudah mendaftar dan pemilihan dipengerusikan Yi Phooi Hoong, sementaraTimbalan Ketua Pemuda MCA, Dr Mah Han Soon dilantik sebagai pengawas pemilihan.

Pengundian tamat pada kira-kira 12.20 tengahari dan pengiraan bermula 1 petang sementara keputusan dijadualkan diumum antara 6 hingga 7 petang.

Tee Keat yang ditemui wartawan selepas membuang undi, mengatakan dia tidak menganggap dirinya sebagai “underdog” dalam persaingan tiga penjuru untuk jawatan presiden, malah mendakwa gelaran itu sengaja diberi oleh sesetengah media.

Apabila ditanya apakah yang telah berubah sejak perwakilan berhimpun enam bulan lalu di mana beliau disingkir menerusi undi tidak percaya, Tee Keat berkata, “Banyak yang telah berlaku dan saya terpaksa melaluinya. Laporan berita yang negatif, pembohongan yang dibesar-besarkan dan macam-macam lagi. Tetapi saya bertahan. Kerana kebenaran akan terserlah akhirnya.

“Saya sentiasa optimistik walaupun terdapat lebih daripada 1001 perkara negatif diperkatakan mengenai saya,” katanya.

Ka Ting yang ditemui wartawan selepas itu, berkata dia berpuashati dengan proses pemilihan dan menganggap perlawanan tiga penjuru antaranya dengan Chua dan Tee Keat sebagai sesuatu yang sihat.

“Saya bertanding setelah diminta oleh akar umbi dan didesak oleh perwakilan kerana mereka melihat saya dapat memulihkan parti dari krisis. Saya menganggap permintaan ini sebagai satu tanggungjawab dan ia tidak ada kena mengena dengan cita-cita peribadi,” katanya ketika diminta mengulas keputusannya untuk bertanding.

“Saya berharap, selepas ini, tidak kira siapa yang menang atau kalah, tidak lagi berlaku krisis atau politicking. Tak ada guna menyalahkan sesiapa lagi. Kita harus pandang ke depan,” tambahnya,

Diminta mengulas kenyataan Soi Lek dalam sebuah akhbar Inggeris yang melabelnya sebagai lembik dan tidak berpendirian, Ka Ting menganggapnya sebagai “kata-kata kempen.”

Selain persaingan tiga penjuru untuk jawatan presiden, jawatan naib presiden pula menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Liow dan Kong Cho Har. Jawatan naib presiden pula direbut oleh 10 orang sementara 86 bertanding untuk jawatan ahli jawatankuasa pusat. 28/03/10.



Berikut ialah senarai pimpinan baru MCA selepas pemilihan parti Ahad:

PRESIDEN

1. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - 901 undi

TIMBALAN PRESIDEN

1. Datuk Seri Liow Tiong Lai - 1,171 undi

NAIB PRESIDEN

1. Datuk Seri Ng Yen Yen (1,528 undi)

2. Datuk Donald Lim Siang Chai (1,469)

3. Datuk Chor Chee Heung (1,202)

4. Gan Ping Sieu (1,202)

ANGGOTA JAWATANKUASA PUSAT (CC)

1. Datuk Lee Chee Leong (1,430 undi)

2. Dr Hou Kok Chung (1,312)

3. Senator Heng Seai Kie (1,267)

4. Datuk Wee Jeck Seng (1,175)

5. Toh Chin Yaw (1,142)

6. Tee Siew Kiong (1,141)

7. Datuk Gan Tian Loo (1,117)

8. Datuk Seri Tan Chai Ho (1,114)

9. Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,104)

10. Lee Wei Kiat (1,100)

11. Loh Seng Kok (1,086)

12. Hoh Khai Mun (1,077)

13. Datuk Liew Yuen Keong (1,059)

14. Tan Cheng Liang (1,054)

15. Koh Nai Kwong (1,040)

16. Dr Por Choo Chor (1,037)

17. Tan Ken Ten (999)

18. Kong Sing Chu (981)

19. Datuk Chong Itt Chew (975)

20. Yoo Wei How (974)

21. Tan Ah Eng (969)

22. Wong Koon Mun (953)

23. Datuk Ti Lian Ker (929)

24. Teh Kim Poo (864)

25. Chuah Poh Khiang (851)

No comments: